CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 4, 2009

Sekolahku syurgaku...keranamu aku mampu melangkah ke usim...thanks for smka shams.


Penubuhan SMKA SHAMS 1959 ( 1380H ) Di awal penubuhan, SMKA SHAMS dikenali sebagai Sekolah Ugama Menengah Tinggi (SUMT). Penubuhannya di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Sembilan. Pada 1 Jun 1959, SUMT memulakan operasinya dengan menumpang di Istana Lama Seri Menanti. Ketika itu, pelajar SUMT hanyalah berjumlah 40 orang di mana kesemuanya adalah lelaki.



1963 ( 1384H )Pertukaran pengetua telah membawa satu perubahan kepada SUMT. SUMT telah membuka ruang kepada pelajar perempuan untuk menuntut ilmu di bawah payungannya. Seramai 20 orang pelajar perempuan telah menjadi kumpulan pelajar perempuan pertama yang belajar di SUMT.



1964 ( 1384H )Tahun berikutnya menyaksikan satu lagi coretan sejarah dalam diari. SUMT telah berpindah ke tapak baru seluas 11 ekar di Jalan Tunku Kurshiah, Seremban. Ketika itu jumlah pelajarnya telah bertambah bilangan kepada 135 orang di mana 90 orang daripadanya adalah lelaki dan 45 orang adalah perempuan.



1977 ( 18377H )Pada tahun ini, SUMT telah diambil alih pengurusannya dari Kerajaan Negeri Sembilan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikutan pengambilalihan itu, nama sekolah turut ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama, Seremban (SMKU)



1984 ( 1404H )Bersempena sambutan Jubli Perak pada 21 Julai pada tahun tersebut, nama sekolah sekali lagi ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SMKA SHAMS) yang mana ianya telah digunakan hingga ke hari ini. Nama ini tersebut diambil bersempena nama seorang tokoh ulama terkenal negeri, iaitu Sheikh Haji Mohd Said.



2000 ( 1421H ) - Era MillenniumSMKA SHAMS terus melakar sejarah, menempa nama di peringkat kebangsaan dengan pelbagai anugerah. Berkat usaha, doa, tawakkal dan kerjasama semua pihak, kejayaan demi kejayaan terus dicapai oleh SMKA SHAMS.



2005 ( 1424/1425H )Pengetua SMKA SHAMS ketika itu, Hjh. Khuzaimah Bt. Sulaiman telah melakar sejarah menjadi pengetua pertama di SMKA SHAMS yang memangku jawatan Pengetua Cemerlang Jusa C.



2008 ( 1428/1429H )Di bawah pimpinan pengetua Hjh. Wan Ruhayah Bt. Wan Yaakod, SMKA SHAMS telah menerima anugerah "Sekolah Kluster". Anugerah ini telah mengangkat martabat SMKA SHAMS ke pada satu lagi tahap yang lebih baik & tinggi.

0 ulasan: